Saturday, August 28, 2010

Kesabaran Ada Ganjarannya

Despite insiden sang kelisa diblock oleh si pencibai yang tak reti nak parking betul-betul semalam, kenagaan aku masih lagi dalam keadaan yang amat terkawal. Sungguhpun aku ada juga keinginan untuk mengelilingi kereta si pencibai tersebut sebanyak tujuh kali sambil TAK sengajanya TERgores kunci kereta ke atas body kereta si pencibai yang agak solid itu. Namun aku masih lagi terdiam terpaku duduk menunggu dengan sabarnya dalam sang kelisa, sambil berlagu riang. Walaupun aku percaya bahawasanya traffic yang bakal aku tempuh kejap lagi teramatlah congested, knowing its Friday, ditambah pulak dengan segerombolan pandatang dari sebelah Selangor yang ternyata girang membanjiri kawasan KL kerana mereka cuti Nuzul Al-Quran hari ini. Dalam fikiran aku, aku perlu merancang perjalanan yang perfect dan less traffic untuk sampai ke Damansara sebelum waktu berbuka.
.
Ya, mungkin aku penuh sabar hari ini, sebab itulah aku mampu menunggu dari pukul 5.20pm sehingga 5.55pm dan berjaya melepaskan sang kelisa setelah jiran aku (read : the other car on my right) telah tiba dan melepaskan aku dari kurungan itu tadi. Alhamdullilah. Kini, aku perlu pula meredah traffic untuk sampai ke Bangsar, setelah plan untuk ke Damansara tadi telah dicancel, untuk berbuka puasa bersama Cik Lynn, ditemani cute Lil Anne yang dah begitu petah bercakap walaupun umur tak sampai dua tahun, berserta maid beliau yang begitu mesra. Akhirnya, aku sampai jua ke restoran yang ditetapkan tepat pada 6.30pm dan juga berjaya mendapatkan table untuk kami semua.
.
See, kesabaran memang ada ganjarannya bukan ?
.: nasi daun pisang di Restoran Nirwana, Bangsar :
.
Walaupun hasrat untuk ke Nasi Kandar Kayu di Damansara tidak tercapai, tetapi aku dapat nikmati nasi daun pisang yang maha sedapppp untuk berbuka kali ini. This restaurant is definitely in my list starting from now on.
.
*Blink Blink* : Price range, satu set nasi daun pisang RM5.50, dua ketul ayam goreng RM7.00 dan dua gelas Teh O Ais Limau RM3.60 ; altogether RM16.10/- just for me. Not bad huhhh.

2 comments:

s h e d a said...

Nampak sedap!!!
Weh apsal xde gamba Lynn n Anne?

Iffa said...

Sheda,

Gambar penuh menggoda, kan. Huhu.
Lorrr, aku tak terfikir actually nak ambik gambar depa. Haha. Takpe, next time ok. *wink wink*