Thursday, August 26, 2010

Mak Yang Semangat

Alololo ~ Mak sapalah yang begitu bersemangat rearranged perabot kat ruang tamu, menjadi sebegini indah. Aku juga begitu percaya dan amat pasti sekali mak menggunakan kuasa sakti beliau untuk mengerah kaum kerabat yang ada dirumah untuk menggerakkan otot-otot dan setiap inci tulang mahupun ketulan daging dalam badan untuk merealisasikan keinginan beliau dalam misi "blink blink the house for raya", which is very soon. Hoih, lagi dua minggu kot nak raya. Maka segalanya harus dipersiapkan secepat mungkin. Nasib aku berada nun jauh di KL, kalau tidak, pasti aku juga tidak ketinggalan berada didalam misi berani mati ini. Tugas aku tak lain tak bukan, tukang angkat dan alih perabot yang maha berat. Mak aku memang tak agak-agak ok, mentang-mentang anak dara dia yang sorang nih begitu sihat walafiat. Harus beliau pergunakan sewenang-wenangnya. Tahun nih, confirm ayahanda yang ambik alih tugas aku.
.
Since plan family aku nak raya di KL pada tahun ini tidak tercapai, maka secara last minute-nya aku terpaksa menggedik nak cari transport yang reliable untuk pulang ke JB. Dah kata last minute, maka sila la prepare untuk membayar harga yang tak agak-agak mahal semata-mata nak pulang beraya. Selalunya aku option for taking a flight, tapi sapa sangka bahawasanya itu tak mungkin akan berlaku lagi tahun ini. Korang sanggup tak bayar tiket pegi balik ke JB sampai RM300/- ke RM500/- ? Aku tak sanggup ok. Tak, aku bukan kedekut, tapi tak ingin membazir. Baiknya aku pegi spend beli baju raya yang hebat dari bayar tiket harga macam tuh. Ataupun, lebih mulia kiranya aku bagi lebih duit raya kat adik-adik aku. <--- YA RITE !!!! So, pertama kalinya lah aku balik kali ni naik KTM. Ohh, terasa diri begitu jakun sekali ok. Tetiba rasa butterfly dalam perut tanda aku excited. Bangang gila. Hahaha.
.
Walaupun ketika dan saat ini adalah hari ke 16 kita berpuasa, ini tidak bererti kami tidak langsung membincangkan menu yang wajib untuk disantap di awal pagi Syawal. Haha. Bukan nak ingat sembahyang raya ok, tapi terbayang-bayang rendang Melaka mak yang superb sedapp and pedas, ketupat dan lemang *beli ok*, mum's famous kuah kacang, ayam masak merah *a must semata-mata untuk aku.hahaha* dan banyak lagi lah. Bergelodak kejap perut aku nih. Eheh. Mak dah confirmed yang dia akan buat 4 jenis kek lapis sarawak bagi tahun nih. But too bad aku tak dapat nak tolong, since aku cuma dapat balik raya on the 9th, which is sehari sebelum raya. Biskut pulak selalunya depa beli jer. No pressure on this one asalkan sedap semuanya.
.
Tak tahu koranglah, tapi family aku memang begitu bersemangat nak pakai sedondon time raya. Dari pangkat bapa, sampailah pada kami nih, semestinya colour scheme itu harus serupa. Melanggar perintah yang telah diselaraskan boleh menyebabkan anda terasa terpinggir lantas dipanggil "the black sheep of the family" ok. So, better off join sekaki lah. Last two years, kami pakai colour gold / brown. Last year plak, semangat ungu menbara-bara sampai masuk berita nasional TV1 ok. Lokasi ketika itu, melawat rumah rasmi Dato' KP. Kembang semangkuk kami semua. Haha. This year, mak decide nak pakai light blue. Bak kata mak, you know the sky ? Haaa, thats the one lah.
.
Semangat kan mak aku ?
.
*Blink Blink* : Rindu dengan bau dapur yang wangi masa tengah baked cookies for raya. Satu ngap masuk mulut, satu masuk balang. Hehe.

6 comments:

suzzsuzie said...

cantik rumah....mak semangat anak2 pun lagila semangat nak raya.....

Eunice said...

wahh kak Nurul. terliuq cek bila baca ni. sounds sedap juadah raya akak sefamily. kasi hantaq sikit kat si budak kecik yang kini berada di Perak ni. boleh? HAHA

Nurzatil Aqmar said...

HAHA,this year bagi duit raya extra banyak okay. like seriously,i dont care. go rompak bank or wtv. haha. oh yes,ayah jadi buruh paksa for the day. rightt,HELLO! si kecil-kecil yang mendiami tingkat atas pun terpaksa mengerah tenaga untuk mencantikkan ruang tamu dan bilik-bilik di atas.
thats just said that this year,extra money will be needed for the tenaga yang sudah hilang.
^_____________________^

Iffa said...

Suzzsuzie,

Terima kaseh buat mak kerana sudi mencantekkan rumah. Saya tukang promote jer. Huhu. Selalunya mak yang terlebih semangat dari kami semua. Eheh.

Iffa said...

Eunice,

Itu baru effect baca dah terliuq, belum rasa lagi. Hehe. By the time nak hantar food to u, rasanya dah habis kena belasah para abang Posman. Haha. Dapat kat hang cuma serdak jer ok.

Iffa said...

Nurzatil Aqmar,

Dear Lil Sissy, kuasa pembahagian duit raya pada tahun ini termaktub pada syarat-syarat yang telah ditetapkan olah pihak saya. Oleh kerana saya pada tahun ini tidak mendapat bonus ataupun duit tambahan dari sapa-sapa, maka untuk merealisasikan permintaan anda itu adalah agak mustahil. Tetapi, pengecualian boleh dilaksanakan atas diri anda seorang saja ok. Sila diamkan diri anda dan buat muka ala-ala tak bersalah tatkala anda bakal menerima duit raya yang extra berbanding dengan budak berdua itu. Hehe. Adakah anda faham ? :P