Friday, October 22, 2010

Taufiq Shariff dalam Kenangan

Masih lagi aku teringat saat kali pertama kita bersua. Lokasi, Secret Recipe Avenue K sempena majlis perpisahan kekasihmu itu.
.
Kami masing-masing teruja untuk bertemu mata dengan empunya tuan yang telah berjaya mencuri perhatian kawan kami.
.~ muka gabra kamu ~
.
Segar lagi dalam ingatan dimana kau terpaksa senyum cover-tahan-macho kerana usikan nakal aku itu. Gara-gara itu juga kau sukar untuk makan kan ?
.
Yer, kekasihmu sudah pun menceritakan segalanya.
.

Aku memang nakal. Tapi kau langsung tak melenting, marah pun tidak. Malahan kau tambah gigih memetik lensa kamera godang untuk merakam detik pertemuan itu. Hasilnya, indah sekali. Dari situ aku sedar betapa berbakatnya kau. Serta sabarnya engkau melayan kerenah kami.
.~ kami yang nakal itu ~
.
Melalui penceritaan kekasihmu, kamu lelaki yang baik. Kamu jaga dan bajai cinta kalian berdua. Cukup dengan sekuntum senyuman girang kekasihmu untuk menggambarkan betapa sucinya kasih kamu, betapa beruntungnya kawan aku itu.
.

Tika kau pergi menunaikan umrah, kau tidak pernah lupa dengan pesanan aku. Kau tunaikan permintaan dan berdoa agar aku ditemukan lelaki yang baik untuk dijadikan bakal suami.
.
Alhamdullilah, kau tak lupa kawan-kawan.
.
Teringat jua detik dimana aku begitu memerlukan nasihat serta
tunjuk ajar dalam mengenali hati seorang lelaki itu, kau dan kekasihmu tidak jemu-jemu berada disisi. Mendoakan agar segala kekalutan menjadi mudah kembali. Ingat tak ? Kita sama-sama pelik dengan perangai tarik-tali sang lelaki itu.
.
Aku sungguh tak sangka pemergianmu begitu pantas sekali. Tak sempat langsung kita bersua muka. Apatah lagi untuk menunaikan janjimu untuk merakam detik-detik hari bahagia aku suatu hari kelak. Kita dah janji kan ?
.
Tapi aku percaya dengan qada dan qadar ; dan aku juga percaya kau lebih aman disana. Allah s.w.t lebih sayangkan kau. Bak kata the blabber, kau pergilah dulu. Kami akan perlahan-lahan menyusul dikemudian hari.

.
Muhammad Taufik bin Mohd Shariff
01 January 1983 - 16 October 2010 @ 1.35am

.
*Blink Blink* : Kematian bermaksud pengakhiran bagi duniawi. Maka itu, belajarlah menghargai hidup dengan sepenuhnya. Sheda, tabahkanlah hatimu menghadapi hari-hari yang mendatang.

2 comments:

s h e d a said...

Yelah, kau sakat arwah kaw2 masa tu. Ingat lagi muka blushing dia tu. Masa balik tu siap sambung ajar aku nak ambil gambar lagi. Also doa untuk jodoh kau.. sweet memories~

He gave me love, unconditionally. Selalu cakap 'saya sayang awak seluruh dunia!' :')
I gave him my all. But Allah loves him more. Parents pun terkilan xdapat menantu baik camni. Takpe, biarkan dia pergi. Semoga rohnya tenang dan bahagia di sana. Amin

Thanks 4 the entry babe. Appreciate it

Iffa said...

Itulahkan. Arwah sampai kelu tak terkata apa. Hehe. Nakal gila kan aku ?

Takpelah sheda, semua nih ada hikmahnya. Sabar banyak2. I know, there's no words yang dapat take away apa yang ko rasa at the moment. Have faith ok.

(^_^)